20Golongan yang masih tinggal dari bani Lewi, dari anak-anak Amram ialah Subael, dari anak-anak Subael ialah Yehdeya; 21dari anak-anak Rehabya ialah Yisia, seorang kepala; 22dari orang Yizhar ialah Selomot; dari anak-anak Selomot ialah Yahat. 23Anak-anak Hebron ialah Yeria, seorang kepala, Amarya, anak yang kedua, Yahaziel, anak yang ketiga, dan Yekameam, anak yang keempat. 24Anak Uziel ialah Mikha; dari anak-anak Mikha ialah Samir. 25Saudara Mikha ialah Yisia; dari anak-anak Yisia ialah Zakharia. 26Keturunan Merari ialah Mahli dan Musi, juga anak-anak Yaazia, anaknya. 27Keturunan Merari dari pihak Yaazia, anaknya, ialah Syoham, Zakur dan Hibri. 28Dari Mahli ialah Eleazar; dia ini tidak mempunyai anak. 29Dari Kish: anak Kish, yakni Yerahmeel. 30Anak-anak Musi ialah Mahli, Eder dan Yerimot. Itulah bani Lewi menurut puak mereka. 31Mereka ini pun, sama seperti saudara-saudara sesuku mereka, anak-anak Harun, membuang undi di depan raja Daud, di depan Zadok, Ahimelekh dan para kepala puak, para imam dan orang Lewi. Dalam hal ini seorang kepala puak sama dengan saudaranya yang terkecil.